top of page

ADN Kuala Kubu Baharu meninggal dunia




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bahru, Lee Kee Hiong meninggal dunia hari ini.


Pemergian wakil rakyat DAP itu dimaklumkan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dalam hantaran di Facebook miliknya hari ini.


Mendiang dikatakan bergelut melawan barah sejak beberapa tahun lalu.


Kee Hiong merupakan wakil rakyat kawasan itu bagi penggal ketiga selepas mengekalkan kerusi berkenaan pada pilihan raya negeri Selangor 2023.


Pada PRN Ogos lalu, beliau menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.


Kali pertama beliau memenangi kerusi Kuala Kubu Bahru pada pilihan raya umum 2013 dalam pertarungan empat penjuru apabila menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dan tiga lagi calon Bebas dengan majoriti 1,702 undi.


Beliau mengekalkan kerusi pada PRU 2018 apabila menewaskan calon MCA Wong Koon Mun dan calon Pas, Naharudin Abdul Rashid dengan majoriti 7,134 undi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page