top of page

Adflin Sauki pilih sertai KEADILAN



Pengarah filem dan artis terkenal tanah air Datuk Adflin Shauki memilih untuk menyertai KEADILAN bagi berkongsi aspirasinya dalam kerja-kerja kemanusiaan.


Bercakap kepada Astro Awani semalam, Adflin berkata nilai perjuangan dan semangat kental tokoh KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin sebelum ini telah mendorong beliau untuk mendekati rakyat.


Katanya, jiwa besar dan dedikasi Anwar dalam perjuangan politik di sebalik jerit perih yang dilaluinya juga banyak mencetus keinsafan dalam diri beliau.


“Jiwa besar Datuk Seri Anwar dalam memaaf dan menerima kembali orang yang pernah masukkan beliau dalam penjara merupakan hal yang membuka mata dan fikiran saya.


“Datuk Seri Anwar tidak pernah lelah dalam perjuangannya, begitu dedikasi dan komited untuk membela rakyat di sebalik kesengaraan yang beliau dan keluarga lalui. Nilai yang ada dalam diri Datuk Seri Anwar itu membuatkan saya tidak fikir panjang untuk menyertai PKR,” katanya dipetik Astro AWANI.


Menurut Adflin lagi, menyertai KEADILAN dan sebelum ini bersama Umno adalah di atas pertimbangannya mengambil kira rakyat berbilang kaum dan perlunya perjuangan menyatukan pelbagai kaum di Malaysia.


"KEADILAN adalah parti yang menjaga semua kaum walaupun ketuanya orang Melayu. Inilah wadah yang saya dambakan. Orang Melayu menjadi ketua tanpa mengabaikan hak serta kebajikan kaum-kaum lain.


"Dan Datuk Seri Anwar adalah pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat pelbagai kaum. Sebagai rakyat Malaysia, pemimpin sebegini yang negara perlu ada,” kata Afdlin lagi.


Bagaimanapun, pengumuman penyertaan Afdlin dan penyanyi kumpulan Altimet ke dalam KEADILAN akan diumumkan oleh Anwar dalam acara "Temu Anwar" pada 1 April ini di sebuah hotel di Ampang.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page