
Calon Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Adam Adli Abd Halim mengucapkan terima kasih kepada para penyokong dan seluruh anggota AMK sepanjang Pemilihan KEADILAN 2022.
Ucapan penghargaan itu, katanya turut mewakili calon calon lain dalam pasukan Seangkatan.
"Saya ucap pertama terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras sepanjang kempen. Yang berkorban masa, tenaga, wang ringgit untuk memastikan kemenangan kami dan teman teman
"Kedua saya ucapkan terima kasih kepada seluruh anggota yang memberi komitmen tinggi dalam proses pemilihan kali ini. Apa pun keputusannya, ia satu proses demokrasi yang menceminkan apa yang kita perjuangkan sebagai parti politik progresif," katanya.
Adam yang telah diumumkan sebagai Ketua AMK Malaysia tidak rasmi itu juga memuji Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang berjaya mengendalikan pemilihan tersebut dengan lancar dan penuh wibawa.
"Saya juga ucapkan terima kasih kepada JPP yang bertungkus lumus dalam proses demokasi ini. Ia menjadi satu tanda aras kepada landskap politik demoktasi negara kita.
"Ini bukan satu proses yang mudah tetapi biarpun ada banyak kekurangan ia lebih baik daripada amalan politik lama yang tidak begitu demokratik," katanya lagi.
Comments