top of page

Adam nafi Malaysia ditawar anjur konsert Taylor Swift



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menafikan tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan gagal menjadi tuan rumah konsert penyanyi antarabangsa, Taylor Swift sekali gus Malaysia terlepas peluang ekonomi yang besar.


Timbalannya, Adam Adli Abd Halim berkata, dakwaan itu tidak benar dan pihaknya telah mendapatkan penjelasan daripada firma penasihat sukan Malaysia, Sportswork Group Sdn Bhd.


"Dalam isu yang dibangkitkan media mengenai peluang (menganjurkan konsert Taylor Swift) yang dikatakan Malaysia terlepas, ia tak begitu tepat.


"Konsert Taylor Swift ini sebenarnya tak pernah ditawarkan kepada Malaysia di bawah kontrak bersama ASM Global (syarikat pengurusan tempat Amerika Syarikat)," katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan tambahan Chong Zhemin (PH-Kampar) yang ingin tahu sama ada kerajaan tidak agresif untuk menganjurkan konsert Swift sehingga terlepas ke negara lain.


Terdahulu, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menganggap Malaysia terlepas peluang ekonomi apabila gagal memanfaatkan ruang yang ada bagi membolehkan artis antarabangsa mengadakan persembahan di negara ini.


Jelas bekas Menteri KBS itu, Malaysia mempunyai peluang cerah kerana mempunyai barisan selebriti ternama melalui perjanjian dengan ASM Global (syarikat pengurusan tempat AS).


Dalam pada itu, Adam memaklumkan Malaysia tidak berhasrat menjadi tuan rumah kejohanan badminton Piala Thomas 2026.


"Buat masa ini Malaysia tidak bercadang untuk menjadi tuan rumah kejohanan Piala Thomas 2026 dan ini adalah sejajar dengan pendirian BAM yang tidak berhasrat untuk menganjurkan kejohanan berkenaan buat masa sekarang," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page