top of page

Adam Adli terima cabaran dialog terbuka Liga Mahasiswa Malaysia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Adam Adli bersedia berdialog dengan mahasiswa. Gambar arkib
Adam Adli bersedia berdialog dengan mahasiswa. Gambar arkib

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Adam Adli Abdul Halim, bersetuju menerima jemputan Liga Mahasiswa Malaysia (LMM) untuk mengadakan dialog terbuka.


Dipetik laporan media, Adam Adli menjelaskan usaha bagi mewujudkan platform yang memberi kuasa kepada mahasiswa dalam proses semak dan imbang termasuk menerusi dialog terbuka sudah dirancang sejak hari pertama bertugas dalam Kabinet MADANI.


"Setuju dan tidak perlu khuatir; ini sudah dalam perancangan untuk membuka ruang lebih luas kepada mahasiswa," katanya dalam ruangan komen di Instagram rasmi LMM.


Semalam, LMM mencabar Adam Adli supaya mengadakan dialog terbuka di kampus universiti bersama mahasiswa.


Mereka berkata, dengan latar belakang Adam Adli selaku bekas aktivis mahasiswa, beliau mempunyai tanggungjawab moral untuk berbincang dengan aktivis masa kini.


Antara isu dijangka dibincangkan termasuk kos sara hidup, kebajikan mahasiswa, dasar universiti, pemansuhan AUKU dan Deklarasi Mahasiswa 2025. Tarikh dan lokasi akan dimaklumkan, dijangka di Universiti Malaya atau Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Sementara itu, Adam yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya menerusi komen sama turut menegaskan pandangan bahawa mahasiswa juga perlu terlibat secara aktif dalam pembentukan dasar pendidikan tinggi, bukan sekadar menghadiri town hall atau dialog.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page