top of page

Adam Adli pemangku Pengerusi MPN KEADILAN Melaka - Dr Fuziah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
ree

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka, Adam Adli Abd Halim, dilantik memangku tugas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka


Pelantikan itu dibuat Biro Politik KEADILAN dan berkuat kuasa mulai 15 Disember 2025.


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar), berkata pelantikan itu dibuat bagi memastikan kelangsungan dan kelancaran kepimpinan parti di peringkat negeri.


“Biro Politik KEADILAN telah membuat ketetapan bahawa Saudara Adam Adli Abd Halim akan memangku tugas Saudara Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin sebagai Pengerusi MPN Melaka berkuat kuasa 15 Disember 2025,” katanya dalam satu kenyataan media.


Menurut Dr Fuziah, jawatan Saudara Shamsul Iskandar sebagai Ketua Cabang Hang Tuah Jaya kekal dan tidak terjejas dengan pelantikan tersebut.


"Jawatan Saudara Shamsul Iskandar sebagai Ketua Cabang Hang Tuah Jaya kekal," katanya lagi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page