top of page

Adam Adli, Manivanan tekad perkukuh parti biarpun tewas

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Apr 15, 2025
1 min read


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Adam Adli Abdul Halim tidak patah semangat biarpun tewas dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Hang Tuah Jaya.


Dipetik laporan media beliau berkata akan terus berjuang membina kekuatan parti dalam kapasiti sebagai pemimpin muda.


"Ia tidak mematahkan semangat sebaliknya jadi pendorong kepada tekad untuk terus membentuk kekuatan parti mengikut semangat dan asas KEADILAN selama ini.


"Kami sudah jangka dari awal pertandingan akan sangat mencabar dan peluang menang memang tidak mudah.


"Saya dan pasukan tetap bersyukur kerana dapat mempertahankan integriti, nilai dan prinsip sepanjang pemilihan, bersaing secara tulus dan jujur dan tidak pecah belahkan parti," katanya.


Pada pemilihan peringkat cabang yang diadakan minggu lalu itu, Adam Adli tewas kepada pencabarnya, Zamzizul Nordin apabila meraih 791 undi. Zamzizul pula mendapat 1,905 undi.

Manivanan Govin
Manivanan Govin

Manakala Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Shamsul Iskandar Mohd Akin memenangi jawatan ketua cabang itu menewaskan penyandang Mohd Rafee Ibrahim.


Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Politik Pejabat Presiden KEADILAN, Manivanan Gowin turut tidak patah semangat walaupun tewas pada pemilihan kali ini.


Beliau yang kalah dalam persaingan Ketua Cabang Jempol, Negeri Sembilan menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan akan tekad terus menyumbang kepada parti dalam kapasiti yang sesuai.


"Saya ke Jempol sebagai ahli biasa yang mahu menyumbang idea dan inisiatif baharu untuk memperkukuh Pakatan Harapan di Negeri Sembilan. Walaupun keputusan tidak berpihak kepada saya, saya tetap menghormati suara ahli," kata mantan Ahli Parlimen Kapar itu.

1 Comment


TrevorKnight
4 days ago

https://netellercasinoplay.com aside, what struck me is Adam Adli framing a 791-to-1,905 loss as a reason to keep building the party rather than a personal setback, which is a hard thing to say and mean after that kind of margin. Manivanan's line about going to Jempol as an ordinary member with new ideas, even after losing, says a lot about how healthy contests should end. In my experience, people remember how you handle defeat far longer than how you handle a win.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page