Kekalahan beberapa kali KEADILAN dan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sarawak dan Johor memberi semangat kepada calon Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Adam Adli untuk bertanding dan memimpin pergerakan itu.
Menurutnya, kekalahan KEADILAN dalam PRN bukan kerana kelemahan yang sering diuar uarkan tetapi akibat kurangnya perpaduan dalam kalangan anggota parti sehingga menyebabkan gerak kerja peringkat bawahan menjadi hambar.
"Dalam PRN sebelum ini punca kita gagal tawan semula (negeri) bukan lemah gerak kerja, penerangan dan sebagainya tetapi perpaduan antara kita itu goyah. Kalau nak menang dam PRU 15 ini yang utama kita pastikan organiasai parti ini padu.
"Ia bermula dari AMK sampai ke institusi presiden itu sendiri. Uruskan perbezaan dengan baik. Kita tak nafikan perselisihan berlaku tetapi mesti ada iltizam uruskan sebaik baiknya perbezaan itu," kata Adam dalam forum "Jangan Panas Bersama Sam" yang dimoderatorkan oleh Ketua Penerangan KEADILAN pusat, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, baru baru ini.
Menurut ikon anak muda itu, misi utama beliau sekiranya diberi peluang memimpin AMK adalah untuk menyatukan kekuatan pergerakan tersebut dengan mengambil semua bakat bakat yang ada, tidak kira fraksi mana pun, asalkan mahu berjuang bersungguh sungguh membantu parti.
"Selepas tamat pemilihan ini, misi utama mestilah mengarap semua orang. Pemilihan akan ada pertembungan. Itu satu kebaikan yang kita dapat. Lepas pemilihan itu tanggungjawab utama kita ialah mula buat kerja. Bertemu cabang, tanya keperluan masing masing, biar pun calon (bertanding) belum diatur tetapi persiapan mesti 100%.
"Jangan ada yang tertinggal. Dalam pertandingan ini kita kenal bakal pemimpin. Waktu pemilihan ini mereka menonjolkan bakat kepimpinan, jadi kita perlu letakkan mereka di posisi sesuai untuk menyumbang kepada parti.
"Saya harap dalam tempoh 100 hari kita sudah lengkap persiapan awal," katanya.
Ditanya mengenai dasar pekerjaan kerajaan BN yang kebelakangan ini tidak mampu menyediakan peluang kepada mahasiswa yang tamat pengajian, sehingga menyebabkan ratusan ribu pengangguran, Adam berkata dasar yang digunakan kerajaan lebih kepada tindak balas menghadapi masalah
Katanya, cara seperti itu tidak mampan dan tidak menyelesaikan masalah secara tuntas.
"Kita perlu berhenti ambil dasar reasksionir. Kita patutnya telah buat dasar yang mapan. Apa pun berlaku, ekonomi kita terus kukuh.
"Dalam keadaan rakyat hilang pekerjaan kita ada social safety net yang cukup. Dalam keadaan siswazah tidak mendapat pekerjaan, kita sentiasa ada strategi untuk dilakukan, bukan semata mata ambil mereka masuk sektor awam yang akhirnya membengkakan sektor kerajan.
"Itu hanya short term. Dasar ekonomi kita tidak jelas. Sepatutnya siswazah tiada kerja maka kita tambahkan skil dan mereka boleh pergi ke bidang lain.
"Kedua, pertumbuhan ekonomi perlu diransang. begitu juga inflasi perlu dikawal
"Sekarang kita cerita gaji minimum RM1,500. Sedangkan kita telah ketinggalan kerana orang dah cerita gaji berkadar langsung dengan keperluan kehidupan. Inilah jawapan yang perlu ada pada AMK, biar pun tak sempurna tetapi kita perlu ada jawapan," katanya.
Tegas Adam, sekiranya KEADILAN dan PH diberi peluang memerintah mereka telah pun menggariskan dasar ekonomi jangka panjang dalam Agenda Ekonomi Malaysia yang dirangka pada 2008 lalu.
Maka dasar ituah yang akan digunakan sekiranya PH kembali menguasai Putrajaya.
Sementara untuk pemilihan pula, Adam menasihatkan agar anggota memilih pemimpin berdasarkan track record dan idea yang akan disumbangkan mereka.
"Pada 13 Mei ini anggota KEADILAN akan dapat buat pilihan. Saya mengulangi pilih berdasarkan prestasi dan ketrampilan. Saya harap setiap anggota dapat pilih calon yang rajin bekerja. Dapat bawa lebih banyak pembaharuan," akhiri calon nombor 1 Ketua AMK itu.
Commentaires