top of page

Adakan sidang Parlimen secara maya - Fuziah Salleh



Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menggesa kerajaan supaya mencari jalan alternatif untuk meneruskan sidang Parlimen pada masa terdekat, termasuklah mengadakan secara maya.


Beliau berkata, perkara ini perlu diperhalusi dengan segera sekiranya terdapat kes COVID-19 di Parlimen di masa akan datang.


"Saya difahamkan, kalau kena buat persidangan secara virtual, kita perlu luluskan rang undang-undang.


"Adakah pihak kerajaan akan mengambil langkah membawa rang undang-undang sekiranya keadaan menjadi lebih teruk.


"Adakah ada plan B sebab bagaimana nak teruskan sidang parlimen kalau tak bagi rakyat masa yang sewajarnya untuk bahaskan masalah rakyat," katanya di Dewan Rakyat.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata pihaknya sedang meneliti perkara tersebut.


"Walaupun soal sidang secara online tidak ada dalam peraturan mesyuarat.


"Tetapi kita sedang meneliti perkara ini, kalau boleh dirasakan perlu kita akan lakukan secepat mungkin, tidak perlu rang undang-undang sebenarnya, hanya perlu pinda standing order dan ini dalam proses," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page