top of page

PH gesa kerajaan adakan sidang Parlimen dalam masa terdekat


Pakatan Harapan (PH) tampil menyatakan pendirian bahawa sidang Parlimen seharusnya diadakan dalam masa terdekat, walaupun tempoh darurat masih berkuatkuasa.


Ini selepas Jawatankuasa Khas Bebas yang ditubuhkan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan darurat telah mengadakan mesyuarat pertama pada 18 Februari 2021 yang lalu.


Dalam kenyataan bersama yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail (KEADILAN), Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook (DAP), mereka berpendapat sidang Parlimen boleh diadakan tertakluk kepada segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan seperti yang telah pun dilaksanakan sepanjang sidang Parlimen pada tahun 2020.


"Persidangan Parlimen adalah sangat penting untuk memastikan segala agenda dan langkah-langkah untuk membendung Covid-19 dapat dibahaskan oleh Ahli-Ahli Parlimen selain memastikan semak dan imbang terhadap segala keputusan yang dibuat oleh pihak Ekskutif," katanya.


Pada masa sama, PH juga berpandangan bahawa keputusan untuk mengembalikan sidang Parlimen akan memberikan keyakinan kepada dunia luar dan pelabur asing bahawa Malaysia tetap komited terhadap sistem demokrasi berparlimen dan prinsip kedaulatan undang-undang atau “Rule of Law”.


"Justeru itu, kami akan menyampaikan pandangan ini secara konsisten di mesyuarat Jawatankuasa Khas Bebas Darurat dan berharap ia akan dipersetujui oleh ahli-ahli Jawatankuasa tersebut sebagai pendirian bersama Jawatankuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page