top of page

Adakah sumber kerajaan diguna untuk biayai 'tentera siber'?



Pendedahan syarikat Meta yang memiliki platform media sosial seperti Facebook dan Instagram bahawa terdapat beratus ratus akaun media sosial tidak tulen di negara ini yang membentuk troll farm atau pasukan siber menyerang parti pembangkang menimbulkan banyak persoalan.


Menurut Pengerusi Biro Media Sosial DAP, Syahredzan Johan, laporan 'Quarterly Adversarial Threat Report’ yang diterbitkan semalam dan menyatakan pihak Meta telah mengenalpasti serta mengeluarkan 596 akaun Facebook, 180 page Facebook, 11 kumpulan Facebook (groups) and 72 akaun Instagram yang merupakan sebahagian daripada sebuah troll farm amat mengejutkan dan wajar dipersoalkan adakah pengoperasiannya melibatkan dana kerajaan.


"Menurut Meta, troll farm yang dikenalpasti ini aktif dalam Facebook, TikTok, Twitter dan Instagram dan memuatnaik meme dalam bahasa Melayu, mengkritik pembangkang serta membuat dakwaan korupsi terhadap mereka yang mengrkitik Kerajaan.


"Kegiatan mereka termasuklah menyerupai entiti berita, mempromosikan polis dan menggunakan gambar yang telah dicuri sebagai profil foto. Lebih membimbangkan lagi, menurut siasatan Meta, rangkaian troll farm ini dikaitkan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


"Sekiranya benar, ia mendedahkan suatu usaha bersepadu untuk memanipulasi perbincangan awam dengan menggunakan akaun-akaun dan laman-laman palsu bagi manfaat politik pihak Kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Syahredzan, pendedahan Meta itu merupakan isu besar sebagaimana yang dikhuatiri pembangkang sebelum ini tentang wujudnya akaun palsu untuk memburuk burukkan politik pembangkang di minda rakyat Malaysia.


"Walaupun akaun-akaun dan laman-laman ini telah dikenalpasti dan dipadam oleh Meta, laporan ini menunjukkan bahawa Kerajaan membiayai trolls dan cybertroopers menggunakan dana dan sumber awam demi kepentingan politik mereka.


"Tidak keterlaluan untuk membuat kesimpulan bahawa selain daripada akaun-akaun dan laman-laman ini, terdapat akaun-akaun dan laman-laman lain, merentasi pelbagai platform media sosial, yang juga menjalankan kegiatan yang sama. Sumber-sumber awam, termasuklah badan yang sepatutnya berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia dan tidak sepatutnya digunakan untuk tujuan politik seperti ini," katanya


Tegas beliau, kerajaan BN - PN perlu memberi penjelasan lanjut berhubung isu terbaharu berkenaan kerana menggunakan dana rakyat untuk mewujudkan pasukan siber menyerang pembangkang adalah penyelewengan peruntukan kerajaan.


"Pihak Kerajaan dituntut untuk memberi penjelasan telus dan terperinci mengenai apa yang terkandung di dalam laporan Meta tersebut.


"Sekiranya tidak, ia akan memberikan persepsi negatif bahawa badan-badan dan sumber-sumber awam telah digunakan untuk tujuan politik Kerajaan hari ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page