top of page

Adakah penilaian BERSIH kepada reformasi dalam Kerajaan Perpaduan sahaja?



Oleh: Akmal Manaf


Pengerusi KEADILAN Pahang, Rizal Jamin membidas keputusan penilaian yang dikeluarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) berhubung prestasi Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun memerintah negara.


Beliau berkata, adalah penting untuk menilai prestasi kerajaan secara adil dan menyeluruh agar ia menggambarkan realiti usaha yang telah dilaksanakan Kerajaan MADANI.


Katanya, penilaian yang diberikan oleh BERSIH kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai tidak menyeluruh dan terlalu sempit


"Jika inisiatif reformasi dimasukkan, apakah markah Kerajaan Perpaduan masih kekal pada gred 'D'?


"Walaupun analisis BERSIH terhadap beberapa aspek seperti reformasi pilihanraya dan pemansuhan beberapa undang-undang tertentu wajar diberi perhatian, tetapi banyak isu melibatkan struktur negara yang lebih kritikal tidak dimasukkan dalam penilaian BERSIH.


"Adakah hanya isu-isu ini menjadi punca kepada masalah struktur negara? Bagaimana pula dengan reformasi fiskal, reformasi perkhidmatan awam dan hubungan antarabangsa? Senarai berkenaan sebenarnya jauh lebih panjang.


"Kerajaan Perpaduan telah membuat keputusan berani dengan memberi keutamaan kepada reformasi penting yang memberi kesan besar terhadap negara, tetapi usaha tersebut tidak diambil kira dalam penilaian BERSIH," kata beliau menerusi satu kenyataan.


Rizal turut mempersoalkan mengapakah BERSIH tidak memasukkan usaha kerajaan melakukan reformasi sosial bagi menangani ketidaksamarataan pendapatan melibatkan bantuan golongan berpendapatan rendah sejak 2022 untuk dikira dalam permarkahan.


"Inisiatif untuk menamatkan kemiskinan tegar menerusi bantuan tunai langsung, kenaikan gaji 15 peratus untuk penjawat awam serta subsidi bahan api bersasar adalah bukti komitmen kerajaan terhadap kebajikan rakyat. Tetapi kenapa usaha tersebut tidak diambil kira?" soal beliau lagi.


Justeru, ADUN Lantikan Dewan Negeri Pahang itu menggesa BERSIH memberikan penjelasan terhadap keutamaan reformasi yang dinilai dalam kad laporan mereka.


"Adakah semua inisiatif reformasi yang saya sebutkan itu, kurang penting berbanding yang diketengahkan BERSIH.


"Jika mereka perlu mengutamakan reformasi dalam tempoh masa tertentu, yang manakah akan BERSIH laksanakan dahulu?" soal beliau.


Dalam kenyataan sama, Rizal berkata, masyarakat diingatkan tentang kesan kewangan besar yang diwarisi daripada skandal 1MDB serta kelembapan ekonomi akibat pandemik Covid-19.


"Dengan hutang terkumpul negara mencecah lebih RM1.2 trilion dan defisit belanjawan tahunan sekitar lima peratus, kerajaan telah melaksanakan langkah reformasi fiskal yang menyeluruh untuk memulihkan kewangan negara.


"Inisiatif seperti memperluaskan sumber pendapatan kerajaan, menambah baik proses perolehan dan mengurangkan defisit belanjawan secara beransur-ansur telah berjaya mengembalikan keyakinan pasaran.


"Perkembangan positif itu sekali gus menyaksikan penarafan kredit negara dinaikkan kepada A- oleh S&P dan BBB+ oleh Fitch Ratings.


"Namun mengapa kejayaan seperti itu tidak diambil kira oleh BERSIH," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page