top of page

Adakah pembebasan kleptokrat legasi Muhyiddin?





Pembebasan indivdu-individu berprofail tinggi dari dakwaan korupsi di mahkamah menjadi penanda aras buruk tempoh 100 hari Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memandang berat perkara berkenaan. Beliau bimbang Malaysia akan bergerak kembali ke era gelap pentadbiran BN selepas dibersihkan sewaktu 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Anwar membandingkan indeks persepsi rasuah yang semakin membaik ketika era PH tetapi gagal dipertahankan oleh Kerajaan PN.


"Kerajaan hari ini seolah-olah berusaha keras untuk membalikkan usaha PH memperbaiki (imej) Malaysia di mata dunia. Transparency International Corruption Perception Index meletakkan Malaysia di tangga 51 pada tahun 2019 berbanding 61 pada tahun 2018. Apakah tahun 2020 akan tenat berbanding tahun-tahun sebelum ini?


"Legasi jenis apakah yang Perdana Menteri dan kerajaan hari ini akan tinggalkan kepada generasi akan datang?" tanya Anwar dalam satu kenyataan di Facebook rasmi beliau.


Menurut Anwar, kerajaan Muhyiddin berhutang kepada rakyat yang inginkan perubahan total dalam urustadbir negara lewat Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.


Katanya, rakyat mahukan kerajaan yang bersih, tidak melakukan lantikan politik melulu di GLC serta ahli politik pemerintah yang mengisytiharkan harta.


"Langkah Tan Sri Muhyiddin menyogok ahli-ahli Parlimen dengan jawatan di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah langkah kebelakang dan bertentangan dengan aspirasi rakyat Malaysia yang mahukan jabatan-jabatan ini bebas dari cengkaman dan pengaruh politik. Seperti yang didedahkan dalam satu audio tular baru-baru ini, Muhyiddin berhasrat membeli dukungan ahli-ahli Parlimen melalui 'scheme of things'. Sehingga hari ini beliau belum memberikan apa-apa respon terkait isu itu. Di dalam bahasa Inggeris disebut 'deafening silence'.


"Kedua, sebaik mengumumkan kabinet pada bulan Mac, Muhyiddin berikrar kepada rakyat agar ahli-ahli kabinet melakukan pengisytiharan harta sebagai komitmen kepada kebertanggungjawaban dan akauntabililiti. Sehingga hari ini, ia masih belum dilaksanakan dan rakyat tertanya-tanya apakah kerajaan masih berdiri sebagai sebuah kerajaan yang punya tanggungjawab dan ketelusan.


"Ketiga, perkembangan kes-kes pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Riza Aziz dan yang terbaru Tan Sri Musa Aman memberi gambaran kepada orang ramai akan ada lagi jerung lain yang akan dibebaskan. Apakah cukup dan munasabah dengan penjelasan yang diberikan?" tanya Anwar lagi.


Ahli Parlimen Port Dickson itu juga mahu penjelasan Muhyiddin berkenaan sesi Parlimen yang tertunda sehingga gagal dibahas peruntukan berbilion ringgit pakej ransangan ekonomi menghadapi wabak Covid 19.


"Saya suarakan dalam pelbagai medium kerajaan mesti membentangkannya di Parlimen agar perincian dapat dipastikan, dan apa yang mustahak adalah untuk mengelak kebocoran dan ketirisan sekali gus menafikan hak kumpulan sasar. Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Korea Selatan, termasuk jiran kita Singapura meluluskan pakej rangsangan melalui badan Parlimen atau Kongres.


"Apa yang menghalang PM dari mengambil contoh dan teladan yang sama," katanya.


Bagaimanapun Anwar memuji usaha barisan hadapan sepanjang 4 bulan lalu yang bertungkus lumus memutuskan rangkaian Covid 19 dan menyelamatkan warga Malaysia.


Namun, menurutnya, hal itu tidak cukup untuk menjadikan legasi pentadbiran Muhyiddin harum dan dikenang oleh generasai akan datang.



Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page