top of page

Adakah pakej ransangan RM295 bilion Muhyiddin sah dibelanjakan?




Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam tempoh 3 bulan lalu telah membentangkan pakej ransangan ekonomi sebanyak RM295 bilion. Sebanyak RM250 bilion pada Mac, RM10 bilion pada April dan RM35 bilion pada Jun.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, biarpun Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin sah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong namun keabsahan kerajaan PN masih belum teruji di Dewan Rakyat sama ada melalui Undi Percaya atau Undi Tidak Percaya.


Oleh kerana itu, menurut beliau, pakej ransangan ekonomi yang dibentangkan juga diragui sah atau tidak untuk dibelanjakan.


"Malaysia negara yang bergerak atas lunas kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan. Tujuan yang baik tidak dianggap sah sekiranya cara digunakan salah. Tujuan tidak menghalalkan cara.


"Ini kembali kepada persoalan apakah Kerajaan PN pimpinan Mahyuddin Yassin sebuah kerajaan yang sah dan boleh membelanjakan sejumlah wang negara sejumlah RM295 bilion tanpa diluluskan oleh Parlimen?" tanya Hassan dalam satu kenyataan.


Kata beliau, hujah menyatakan Mahyuddin adalah PM yang sah kerana pada 1 Mac 2020 lalu beliau telah dilantik oleh Agong berdasarkan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan masih terdapat pertikaian.


Hal itu kerana Perkara 43(2)(a) Perlembagaan menyatakan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik PM untuk mempengerusikan Jemaah Menteri dari kalangan ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.


Hujah tersebut benar hanya setakat isu perlantikan PM oleh Agong berdasarkan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a).


Namun sama ada Muhyiddin benar-benar mempunyai jumlah sokongan majoriti yang mencukupi di Dewan Rakyat ianya perlu dibuktikan secara sahih di dalam prosiding dewan. Bukan berdasarkan akuan bersumpah (SD) yang dibawa ketika mengadap Agong. Bukan juga melalui kiraan susunan kerusi di Blok Kerajaan. Kiraan sah adalah jumlah undi ahli dewan yang hadir dalam sidang Parlimen.


"Undi percaya di Dewan Rakyat terhadap kerajaan pimpinan Mahyuddin adalah kuasa Parlimen dalam menentusahkan kepercayaan terhadap seseorang PM.


"Tun Hussein Onn, PM ketiga ketika menggantikan Tun Razak yang meninggal dunia telah melalui proses ujian kepercayaan terhadapnya di Dewan Rakyat.


"Waktu itu majoriti Kerajaan BN amat besar, lebih dua pertiga. Namun prosiding Undi Percaya terhadap Tun Hussein tetap diadakan. Tetapi sekarang majoriti yang ada pada PM Mahyuddin jadi tanda tanya," kata Hassan.


Tegas Hassan, Kerajaan PN pimpinan Mahyuddin sepatutnya pada 18 Mei 2020 lalu membawa Usul Percaya terhadap PM. Manakala Usul Undi Tidak Percaya oleh Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir boleh ditangguhkan kemudian.


"Usul Percaya dari kerajaan PN adalah urusan kerajaan dan perlu diutamakan. Jika Usul Percaya lulus dengan sendirinya Usul Tidak Percaya terbatal.


"Peluang untuk PM Mahyuddin membuktikan beliau cukup sokongan majoriti telah terlepas. Jadi soal sah atau tidak kerajaan PN pimpinan Mahyuddin berleret-leret sampai sekarang. Bolehkah tanpa ada semakan, perbahasan dan kelulusan di Parlimen, Kerajaan PN pimpinan Mahyuddin yang keabsahannya dipersoalkan membelanjakan wang negara sebanyak RM295 bilion begitu sahaja?


"Jawapan saya sebagai seorang ahli parlimen ialah Kerajaan PN pimpinan Mahyuddin tidak boleh berbuat demikian," kata Hassan lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page