Adakah Malaysia akan amal polisi 'sela kerja', 4 hari kerja, 10 hari lockdown?



Kementerian Kesihatan telah mengisytiharkan virus Covid 19 sebagai endemik menjelang Oktober ini, iaitu rakyat akan hidup bersama-sama virus maut berkenaan apabila telah mencapai imuniti berkelompok.


Bagi Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH Kulim Bandar Baharu), situasi endemik memerlukan tersebut strategi keluar baharu yang berasaskan data dan sains sebagaimana diamalkan di beberapa negara.


Katanya menurut pakar-pakar, dicadangkan strategi sela kerja (intermittent work) di mana 4 hari bekerja dan 10 hari lockdown dilakukan bagi mengelakkan jangkitan Covid 19.


"Dalam merencana jalan keluar berulang kali disebut oleh kerajaan jalan penyelesaiannya berpandukan kepada data, sains dan garis masa.


"Hari ini dunia bercakap tentang menyelesaian berasaskan sains dan data mengenai exit strategy pendemik Covid ialah apa diistilahkan sebagai intermittent work. Ini adalah formula 4 hari kerja 10 hari lockdown. Minggu berikutnya 4 hari bekerja 10 hari lockdown. Apabila seseorang dikesan dengan virus Covid sains membuktikan 3 hari berikutnya tidak ada risiko orang yang positif boleh menjangkiti orang lain kerana virus berada dalam keadaan paling lemah.


"Oleh itu pembuat dasar perlu menimbangkan formula intermittent work. Sains menyebut bahawa kaedah ini praktikal untuk dipertimbangkan," katanya dalam sesi petang membahas titah Yang di-Pertuan Agong.


Selain itu, Saifuddin turut bertanya apakah strategi terbaharu menjana ekonomi dalam keadaan Covid kerana pentadbiran Perdana Menteri Mahiaddin Yassin yang lalu menetapkan semua sektor ekonomi boleh dibuka, termasuk pelancongan, apabila jumlah jangkitan harian hanya 500 kes. Sedangkan hari ini jangkitan harian masih 5 angka.


"Pagoh selepas melepaskan jawatan PM dilantik sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara. Masa jadi PM, Pagoh mengumumkan Covid 19 exit plan yang berasakan kepada 3 panduan.


"Pertama kadar jangkitan harian. Kedua, keupayaan kapasiti sistem kesihatan awam, wad ICU, kecukupan tabung oksigen dan sebagainya.


"Ketiga peratus rakyat yang telah mendapat vaksinasi diberi benchmark. Misalnya peratus rakyat yang telah menerima vaksin 60% keupayaan kapasiti sistem kesihatan dianggap moderate dan kes harian kurang 500 maka reopenning of economics akan dilakukan termasuklah pelancongan tempatan. Saya ingin bertanya apakah polisi ini kekal dalam pentadbiran hari ini.


"Misalnya pelancongan dibuka di Langkawi, Air Asia dah jual hampir 200,000 tiket. Tapi akau ikut exit plan oleh Pagoh hanya berlaku jika kes harian kurang 500, sekarang kes harian masih 5 angka. Apakah ini syor berdasarkan sains dan data atau exit plan itu tidak terpakai lagi?" tanya beliau.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER