top of page

Adakah Grand Coalition lebih banyak buruk daripada baik?



Idea 'Grand Coalition' yang dilontarkan oleh beberapa pimpinan Pakatan Harapan (PH) terutama dari Amanah perlu diperhalusi dan dicermati terutama dalam konteks perjuangan jangka masa panjang pembangkang.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, R. Yuneswaran berpendapat idea tersebut tidak munstahil mempunyai lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.


Katanya, peranan Pengerusi PH sekarang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sejak dua dekad berjuang untuk mencipta Malaysia yang lebih baik adakah akan dikekalkan selepas terbentuknya grand coalition tersebut?


"Setiap pandangan dan idea harus diraikan namun PH perlu ada satu mekanisme yang jelas membentuk satu gabungan besar. Ada beberapa perkara harus diteliti oleh gabungan baharu sebelum ditubuhkan.


"Saya juga ingin menekankan tiga perkara yang perlu dipersetujui oleh PH iaitu, siapakah yang akan mengetuai barisan pembangkang dalam Parlimen jika mahu penubuhan Grand Coalition, masihkah Datuk Seri Anwar dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang?


"Kedua, adakah PH akan terus diketuai oleh Datuk Seri Anwar selepas gabungan baharu ini diwujudkan?


"Ketiga, adakah semua parti-parti pembangkang termasuk DAP, Amanah, Warisan, UPKO, Muda dan Ahli Parlimen Bebas setuju sebulat suara pada PRU15 kelak Datuk Seri Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri?" tanyanya dalam satu kenyataan.


Menurut Yuneswaran lagi, Datuk Seri Anwar telah melakukan usaha yang terbaik untuk mengembalikan kerajaan mandat rakyat, namun atas faktor-faktor yang di luar kawalan hal itu masih belum berjaya. Oleh itu, kesalahan tidak wajar diletakkan ke atas bahu beliau.


"Selaku Presiden KEADILAN dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar telah melakukan usaha yang sewajarnya untuk mengembalikan mandat rakyat walaupun, umum tahu bahawa beliau bukanlah puncanya kejatuhan kerajaan PH pada bulan Mac 2020 yang lepas.


"Kesalahan atas kegagalan usaha untuk mengembalikan mandat melalui sidang parlimen tidak harus diletakkan di atas bahu beliau. Ini adalah satu tindakan yang tidak wajar.


"Kegagalan Tun Mahathir untuk mempertahankan kerajaan PH telah memberi impak besar kepada negara dan PH sendiri khususnya KEADILAN yang hilang beberapa Ahli Parlimen," katanya.


Sehubungan itu, Yuneswaran menggesa agar Majlis Presiden PH bersidang segera bagi menyusun semula strategi dan menyatukan kekuatan bagi persediaan awal menjelang PRU yang mungkin akan diadakan bila-bila masa dari sekarang. Majlis Presiden juga, katanya perlu berbincang kerjasama antara parti-parti pembangkang.


"Kita harus bersama-sama berganding bahu mengumpul kekuatan, untuk melawan musuh yang sama, iaitu Perikatan Nasional," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page