top of page

Gerakan berada dalam Liberal International, PN perlu jelaskan - Razeef



Perikatan Nasional perlu memberi penjelasan segera mengenai kedudukan salah satu parti komponen mereka, Gerakan yang tersenarai sebagai ahli Liberal International (LI).


Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Razeef Rakimin, Gerakan tidak pernah membuat sebarang penafian keanggotaan LI sejak nama dan logo parti tersebut tular di media sosial beberapa hari lalu.


"Saya mengambil maklum isu tular di media sosial berkait sebuah badan bebas iaitu 'Liberal International Observer'. Badan ini menyatakan solidariti dan sokongan terhadap Israel. Namun saya dapati salah satu parti komponen Perikatan Nasional, Gerakan juga berada dalam senarai.


"Malah sehingga kini tidak ada pihak menafikannya, malah parti ini terus kekal bersama badan berkenaan yang jelas menyokong kekejaman yang dilakukan Zionis terhadap rakyat Palestin," katanya dalam kenyataan hari ini.


Lebih malang, kata Razeef, parti paling terkehadapan memperjuangkan Islam dalam PN, Pas, tidak pula mengeluarkan sebarang kenyataan menegur sikap Gerakan.


Begitu juga Bersatu, katanya, yang tidak berkata apa apa berkenaan tindakan Gerakan itu.


"Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang dilihat terus membisu seolah mereka takut untuk menegur 'abang besar' mereka itu.


"Gerakan sepatutnya berani menafikan perkara ini dan secara tegas meminta pihak Liberal International mengeluarkan parti itu dari senarai, namun apa yang berlaku mereka memilih untuk kekal," kata Razeef sinis.


Menurut beliau, sekiranya Pas dan Bersatu tidak berani menegur Gerakan yang di dalam satu gabungan, maka usahlah berdegar degar untuk melawan Israel yang beribu kilometer jauhnya dan didukung kuasa besar dunia.


"Nampaknya usaha mereka selama ini yang cuba menjadi 'terpaling berjuang' untuk rakyat Palestin hanya untuk meraih sokongan kerana jelas dengan parti sekecil Gerakan pun mereka gagal untuk bertindak," katanya lagi.


Sebelum ini, nama Gerakan digandingkan dengan parti KEADILAN yang turut disenaraikan dalam laman web LI.


Namun KEADILAN membantah kerana tidak pernah menjadi anggota LI dan nama serta logo parti berkenaan telah diturunkan sejak semalam. Bagaimanapun nama dan logo parti Gerakan masih tertera di laman web pertubuhan yang berpengkalan di London itu.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page