top of page

'Ada pesara tentera wang pencen tidak cukup beli ubat?'

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Sep 30, 2021
1 min read


Skim pencen kepada anggota tentera perlu dikaji semula terutama yang telah lama meninggalkan perkhidmatan kerana pencen mereka masih tertakluk kepada skim pada 1970an.


Ahli Parlimen M. Karupaiya, (PH - Padang Serai) bertanya sama ada kerajaan mahu mengkaji semula skim pencen golongan veteran yang telah lama bersara agar memenuhi keperluan hidup hari ini.


"Saya ingin bertanya pencen golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia. Adakah pihak kerajaan komited untuk membuat penyelarasan pencen lama dan baru bagi golongan ATM?


"Ramai sekarang tersadai di katil (sakit), pencen yang dibayar nak beli ubat pun tak cukup. Tolonglah kerajaan. Hargailah jasa mereka," katanya dalam perbahasan Dewan Rakyat, sesi pagi.


Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjawab ukuran kewangan yang kecil diterima veteran tersebut kerana telah lama bersara dan skim pencennya pada 1970an.


Sebagai misal, katanya, Pegawai Waran ketika itu dibayar pencen di bawah RM1,000, sedangkan jawatan yang sama ketika ini mencecah RM3,000.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page