top of page

'Ada perbezaan antara kebebasan hak bersuara dan memfitnah' - Fahmi



Pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International diminta memahami perbezaan secara jelas antara 'hak kebebasan bersuara dan kebebasan fitnah' apabila mengeluarkan laporan mendakwa Malaysia gagal memenuhi komitmen untuk memperbaharui undang-undang yang menyekat hak kebebasan rakyat mengeluarkan pendapat dan menghalang perhimpunan secara aman.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika menepis laporan tersebut berkata kerajaan sekarang tidak mempunyai masalah untuk dikritik tetapi menolak mana-mana pihak mereka-reka cerita berbentuk fitnah termasuk terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.


"Tidak jadi masalah untuk mengkritik kerajaan tapi mengada-adakan cerita seolah-olah Perdana Menteri mempunyai penyakit kononnya, (sebagai contoh) itu fitnah jahat yang dibuat oleh beberapa individu pada bulan Ramadan, bukankah mereka ini beragama Islam?


"Jadi walau kita terima pandangan daripada Amnesty (International), pada masa sama, ada perbezaan cukup jelas antara hak kebebasan bersuara, itu tidak bererti kebebasan memfitnah. Fitnah itu merosakkan masyarakat dan negara," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.


Amnesty International dalam laporan 2023/2024 yang diterbitkan semalam berkata, kerajaan Malaysia gagal memenuhi komitmen untuk memperbaharui undang-undang yang menyekat hak kebebasan bersuara dan terus menggunakan undang-undang menindas untuk mendiamkan suara kritis serta menghalang perhimpunan secara aman.


Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, setakat ini belum pernah ada lagi pengamal media ditahan seperti pernah berlaku ketika pentadbiran terdahulu.


"Setakat ini tidak ada satu akhbar ditutup oleh pihak kerajaan, setakat ini mana-mana wartawan menulis laporan terus (bebas) menulis laporan, kita membezakan antara kebebasan bersuara dengan kebebasan memfitnah," katanya.


Dalam pada itu, mengenai moratorium hukuman mati, Fahmi menjelaskan perkara tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu dan ia perlu diajukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page