top of page

Ada 3 isu besar perlu ditangani, wanita mesti jadi pembuat keputusan



Terdapat 3 isu utama yang perlu ditangani oleh wanita KEADILAN.


Hal itu dinyatakan oleh Naib Ketua Wanita KEADILAN Datin Faizah Ariffin dalam sesi penggulungan sebentar tadi.


Beliau berkata 3 perkara utama itu terkait muafakat anggota parti, persiapan pilihan raya dan menjuarai isu yang membelenggu wanita.


"Wanita berdepan cabaran pasca pengkhianatan, kita boleh tengok berapa wanita (peringkat cabang) yang menghantar laporan MATCWC dan berapa cabang yang mempunyai jawatankuasa lengkap.


"Inilah realiti yang menunjukkan kita perlu berganding bahu dan bersama menghadapi dalam membina kembali kekuatan wanita KEADILAN.


"Jadi kembalilah kita ke asas perjuangan," katanya.


Selain itu, beliau juga mengucapkan salute kepada Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh yang dilantik menerahui Wanita selepas penyandang jawatan tersebut meninggalkan parti


Faizah juga mahu jentera wanita selepas ini aktif di peringkat cabang dan tidak lagi menunjukkan kelemahan sebagaimana dalam Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor.


Sangetha Jayakumar

Sementara itu, Naib Ketua Wanita KEADILAN Sangetha Jayakumar pula menekankan perlunya wanita terlibat aktif dalam hierarki di peringkat cabang.


Katanya, perwakilan ke Kongres Nasional esok 90% daripadanya adalah lelaki kerana wanita tidak hadir dalam mesyaurat di peringkat cabang.


"Sekarang hanya Ketua Wanita Cabang yang pergi ke Kongres Nasioanl. Kebanyakan cabang, 12 orang yang dilantik itu semua lelaki.


"Kebanyakan yang bermesyuarat dalam wanita cabang tidak hadir MATC. Maka bila kita tengok senarai perwakilan ke kongres 90% lelaki. Puan puan tolonglah. Apabila cabang dibentuk selepas keputusan disahkan, pastikan ketua cabang beri ruang kepada kamu dalam cabang (memegang jawatan)


"Tidak cukup untuk kita duduk dalam Wanita sahaja. Kita selesa di mana kita berada, tetapi kalau kita mahu julang KEADILAN kita kena berani meruntuhkan tembok ini. Anda mesti duduk di mana tempat keputusan dibuat," katanya.



0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page