top of page

Accio Technologies tidak terlibat bangunkan PADU



Accio Technologies tidak terlibat dalam proses pembangunan Pangkalan Data Utama (PADU), tegas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.


Menerusi satu kenyataan pada Selasa, beliau menegaskan bahawa sistem berkenaan dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam tanpa penglibatan mana-mana pihak ketiga.


"Saya mengambil maklum siaran sosial media oleh stesen radio BFM89.9 mengenai Dr Cher Han Lau, Ketua Pegawai Eksekutif Accio Technologies yang mendakwa bahawa syarikat beliau terlibat dengan proses pembangunan PADU.


"Setelah semakan dilakukan dengan pasukan di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), saya boleh mengesahkan bahawa dakwaan Cher adalah tidak benar," katanya dipetik.


Padu yang dilancarkan 2 Jan lepas merupakan pangkalan data yang mengandungi profil warganegara dan pemastautin tetap Malaysia.


Ia diwujudkan bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara bersasar selain memudahkan kerajaan merangka dasar untuk rakyat.


Sistem itu dibangunkan secara bersama menggunakan kepakaran dalaman daripada Kementerian Ekonomi, DOSM serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (Mampu) dengan kerjasama pelbagai agensi pembekal data

Bagaimanapun Rafizi menjelaskan, pasukan analitik PADU ada menjemput Cher hanya dalam kapasiti peningkatan kemahiran sumber manusia dalam sains data, berdasarkan keupayaan beliau membangunkan data raya dan “machine learning”.


"Proses pembangunan PADU, pengumpulan atau pembersihan data PADU tidak melibatkan beliau ataupun sesiapa daripada syarikat beliau," tegas Rafizi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page