top of page

ABIM tentang normalisasi zina, promosi kemungkaran



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menentang sikap sesetengah rakyat Malaysia beragama Islam yang tidak sensitif kepada isu kemaksiatan dan cenderung ke arah menormalisasikan seks bebas.


Menurut Naib Presiden ABIM, Zairudin Hashim, pertubuhan dakwah Islam terbesar Malaysia itu bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan sohibus samahah Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Daud yang mengecam tindakan pihak mempromosikan kemungkaran dengan menjemput seorang gigolo ke sebuah temubual podcast yang disiarkan laman web penstriman baru baru ini.


"ABIM memandang serius hal ini kerana sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, dengan penduduknya majoriti muslim dan berbangsa Melayu, normalisasi zina dan mempromosikan kemungkaran yang merendahkan harga diri manusia merupakan satu tindakan yang tidak dapat diterima daripada segenap aspek.


"ABIM menegaskan bahawa normalisasi zina bertentangan dengan agama Islam, berlawanan dengan adat resam Melayu bahkan bertentangan dengan fitrah manusia yang menjunjung keluhuran budi dan ketinggian akhlak," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau turut mengingatkan umat Islam Malaysia tentang firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala, “Janganlah dekati zina. Sesungguhnya ia adalah perbuatan yang keji dan jalan terburuk (yang membawa kepada kejahatan).” (Surah al-Isra’, Ayat 32).


ABIM kata Zairudin, tidak akan bertoleransi dengan norma baharu yang mahu dibawa oleh sesetengah anak anak muda yang tidak lagi sensitif kepada akhlak Islam dan nilai nilai ketimuran.


"ABIM bersama dengan Mufti Pulau Pinang dalam perkara ini, dan menyeru pihak berkuasa dan rakyat Malaysia untuk berganding bahu memerangi sebarang usaha menormalisasikan zina dan kemungkaran ini.


"ABIM juga menggesa pihak berkuasa agar bersikap lebih tegas dan menggunakan undang-undang yang ada seperti Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk menjaga moral rakyat Malaysia daripada dibinasakan," katanya lagi.


Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan beberapa gambar seorang yang mempromosikan seks bebas dikenali sebagai Hot Daddy yang dipercayai dijemput ke sesi temubual podcast.


Ekoran itu Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor bersuara agar pihak kerajaan mengambil tindakan ke atas penganjur podcast berkenaan.


Menteri Agama Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar juga menegur para pempengaruh agar lebih bertanggungjawab terhadap konten yang merek buat kerana boleh mempengaruhi banyak pihak.


Namun begitu, pihak podcast yang mengundang ‘gigolo’ tersebut menafikan dakwaan mereka menyokong tindakan dilakukan individu itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page