top of page

ABIM Selangor gesa jangan main isu 3R kempen PRN



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor menggesa pihak pihak yang bersaing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor Ogos ini agar tidak memainkan isu Agama, Kaum dan Raja (3R).


Seruan itu dibuat oleh Yang Di-Pertua ABIM Selangor, Mohamed Azlan Dhajul Amin dalam kenyataan hari ini.


Katanya, ahli politik sama ada kerajaan atau pembangkang tidak seharusnya mengeruhkan lagi keadaan, dan jangan mempersoalkan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap pihak pihak memainkan isu 3R.


"ABIM Selangor menggesa semua pihak untuk segera menghentikan permainan politik jijik, pembunuhan karakter dan fitnah yang merugikan rakyat, sebaliknya kembali fokus untuk memelihara kebajikan serta membangunkan rakyat, Negeri Selangor dan tanah air tercinta.


"Selanjutnya, ABIM Selangor menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang memberi peringatan sebelum ini agar masjid dan surau tidak dijadikan sebagai medan menyebarkan fahaman politik kepartian yang akhirnya memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian umat Islam," katanya.


Azlan juga memetik ayat al Quran Surah An-Nahl:125 berhubung cara berkempen yang berakhlak yang tidak bertentangan dengan Islam; "...berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik."

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page