top of page

ABIM sedia hulur bantuan untuk mangsa gempa Maghribi



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan rasa dukacita atas kejadian gempa bumi di Maghribi.


Rasa dukacita itu disampaikan Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz melalui satu kenyataan.


"Kami merakamkan rasa dukacita yang mendalam dan takziah kepada rakyat Maghribi terutama di Marrakech dan beberapa bandar utama lain.


"Bagi pihak seluruh rakyat Malaysia, ABIM ingin mendoakan kesejahteraan mereka yang sedang diuji oleh tragedi gempa bumi ini," katanya.


Melalui kenyataan sama, ABIM turut memaklumkan pihaknya bersama Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Malaysia for Syria (MFS) bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Maghribi.


Ketika ini jelas Muhammad Faisal, pihaknya sedang memantau situasi semasa sebelum melakukan sebarang tindakan lanjut.


Gempa bumi yang melanda di kawasan pergunungan bahagian selatan Marrakesh Sabtu lalu disifatkan sebagai yang terburuk melanda Maghribi dalam tempoh 60 tahun.


Angka rasmi kerajaan meletakkan sebagai sekurang-kurangnya 2,122 penduduk terkorban manakala lebih 2,421 cedera, kebanyakan mereka dalam keadaan parah akibat gempa bumi berukuran 7.0 magnitud berkenaan.

Media turut melaporkan, beberapa gegaran susulan dirasai di bandar Marrakesh dan kawasan sekitarnya pada Ahad. Penduduk memberitahu agensi media, mereka merasakan pergerakan tanah yang ketara, biarpun tiada kerosakan berlaku.


Kementerian Luar Negeri sebelum ini memaklumkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang terjejas di negara itu.


Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengeluarkan arahan kepada Duta Besar Malaysia di Maghribi untuk membuat pemantauan secara berterusan dan melaporkan situasi di lokasi kejadian gempa bumi.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar sebelum ini memaklumkan Malaysia bersedia menghantar pasukan bagi membantu misi mencari mangsa terbabit bencana itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page