ABIM pertikai Belanjawan 2021 tidak lanjut moratorium, semak semula JASA



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) kurang senang dengan Belanjawan 2021 yang dikatakan membela kesusahan rakyat ketika pandemik Covid 19 namun tidak memasukkan unsur-unsur pembelaan yang penting.


Presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, kesungguhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) amat kabur apabila gagal dilihat secara jelas dasar fiskal yang mempunyai sasaran membantu rakyat memasuki fasa pemulihan ekonomi.


Walaupun, katanya, ABIM mengalu-alukan penerusan beberapa program membantu rakyat seperti kepelbagaian insentif yang diberikan kepada golongan B40.


"ABIM mengambil contoh moratorium penuh yang tidak dilanjutkan hingga Mac 2021 sedangkan trend himpitan ekonomi serta pengangguran berada di paras yang sama.


"Sejak Mac 2020 peratus pengangguran mencatatkan 3.9% dengan jumlah 610,000 penganggur. Diikuti April 2020, 5.0% (778,800) seterusnya Ogos 2020 - 4.9% dan September 2020 - 4.7% (745,800).


"Dalam pada itu permintaan pengeluaran wang KWSP dari akaun satu juga jelas menunjukkan paras kesempitan hidup rakyat masih tidak berubah.


"Justeru lanjutan moratorium penuh ini dilihat akan membantu segenap lapisan rakyat menjangkau B40 termasuk M40 yang sememangnya terkesan untuk menyusun semula dan menstabilkan kondisi kewangan masing-masing memasuki fasa pemulihan kewangan," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu ABIM juga, katanya, berasa amat pelik dengan tindakan kerajaan PN menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dengan peruntukan RM81 juta ketika negara kekurangan dana melawan pandemik Covid 19.


"ABIM menggesa kerajaan menyemak semula sejauh mana Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berupaya memberi pulangan ekonomi kepada rakyat sebelum peruntukan berganda yang amat besar iaitu RM81.5 juta di bawah Belanjawan 2021 diberikan.


"ABIM juga menggesa kerajaan bersikap telus dengan membentangkan kepada rakyat pihak mana yang mendapat manfaat dari RM81.5 juta ini dan apa KPI yang ditetapkan bagi peruntukan sebanyak itu," katanya lagi.


Bagaimanapun ABIM tetap merakamkan tahniah kepada Kementerian Kewangan dan seluruh Ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang yang mengutamakan kebajikan rakyat dalam mencari kesepakatan meluluskan Belanjawan 2021 tersebut.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
1638
3
1449
Total
349,610
1286
333,892

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
634,746
6,993
432,526
Total
130,914,490
2,852,527
105,374,969

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER