top of page

ABIM menjunjung kasih Agong tolak darurat



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menjunjung kasih ke atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak perisytiharan darurat sebagaimana dicadangkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Menurut Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz, keputusan Agong itu menggambarkan ketegasan baginda yang prihatin ke atas kesan buruk yang akan dihadapi rakyat sekiranya darurat dilaksanakan.


"Keputusan ini juga adalah satu manifestasi dukungan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku terhadap keutuhan sistem demokrasi dan mekanisme semak dan imbang kuasa cabang eksekutif yang dijamin undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, untuk dihormati dan tidak sewenang-wenangnya diketepikan oleh mana-mana pihak.


"Titah ini menunjukkan kebijaksanaan serta keyakinan Tuanku terhadap keupayaan saf barisan hadapan khususnya penjawat awam dalam sektor kesihatan yang bertungkus-lumus meredakan penularan wabak Covid-19 yang kini menjadi krisis kesihatan sedunia," katanya dalam satu kenyataan.


Oleh itu, kata Faisal lagi, ABIM menyeru rakyat Malaysia agar bersama-sama meneruskan keteladanan yang tinggi dengan mematuhi setiap saranan serta Standard Prosedur Operasi (SOP) yang ditetapkan oleh para petugas yang berada di barisan hadapan.


ABIM juga, menurut beliau, akan terus bersama seluruh rakyat Malaysia dan barisan hadapan bersama-sama bersatu padu dengan menggembling setiap usaha serta kemahiran untuk mengekang penularan wabak Covid-19 dan menangani kesannya demi kemaslahatan negara yang dicintai.



0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page