top of page

ABIM Melaka kecam aksi tidak senonoh dalam Festival Star Vendors



Angkatan Belia Islam (ABIM) Melaka mengecam tindakan penganjur swasta yang membiarkan aksi tidak senonoh seorang penghibur dalam program Star Vendors Festival Melaka yang diadakan pada 28 Mei lalu di MITC, Melaka.


Menurut Yang Dipertua ABIM Negeri Melaka, Dr Mohd Nurishaq Mohd Fauzi (gambar), pihak penganjur seharusnya lebih berhati hati dalam memilih penghibur dalam acara mereka agar tidak merosakkan kempen Malaysia Madani yang dilaksanakan kerajaan dengan insiden yang tidak sepatutnya berlaku.


"Hal ini merujuk kepada hantaran video yang tular di media sosial berkait seorang individu mempamerkan aksi yang bersifat sensual dan menjijikkan di hadapan khalayak yang terdiri daripada ibu bapa dan kanak-kanak.


"Insiden sebegini selain memberikan imej yang buruk kepada negeri Melaka dan bertentangan dengan norma masyarakat setempat, ia juga meruntuhkan nilai hormat dan keyakinan yang menjadi teras pembinaan Malaysia Madani.


"Penganjur program hiburan perlu berwaspada dalam memilih individu yang bakal membuat persembahan agar insiden yang bercanggah dengan norma dan budaya setempat masyarakat tidak berulang," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, ABIM Melaka menggesa agar Pihak Berkuasa Tempatan mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung insiden tersebut sebagai satu bentuk pengajaran.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page