top of page

ABIM, Majlis Belia anjur forum Palestin, seru berhimpun esok



Oleh: Abdullah Zaid


Bersempena dengan Hari Tindakan Sedunia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menganjurkan forum “Palestin Merdeka: Krisis Asia Barat Ketempangan Ideal Geopolitik Global” yang diadakan malam tadi.


Penganjuran program turut melibatkan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Institut Bitara selain dipengerusikan Naib Presiden ABIM Mohamad Fazril Mohd Saleh yang juga Ketua Penerangan MBM.


"Program ini merupakan sebahagian pengisian sempena “Global Day of Action” yang disambut pada Sabtu, 13 Januari 2024 di seluruh dunia.


"Selain itu, forum tersebut mengupas situasi terkini pergolakan berdarah di Gaza dengan kematian akibat pembunuhan kejam dan penghapusan etnik oleh penjajah Zionis Israel," kata kenyataan dikeluarkan ABIM.


Dalam pada itu, pertubuhan Islam tersebut turut bersolidariti dan mendesak agar segala usaha untuk mengheret Israel ke muka pengadilan diterus dan dipergiatkan lagi.


"Ia bagi menghentikan secara kekal kezaliman yang berterusan selama lebih tujuh dekad ke atas warga Palestin," kata kenyataan itu.


Dalam hal berkaitan, semalam, Sekretariat Boycott Divestment Sanctions (BDS) berkata mereka akan menganjurkan bantahan di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat sempena Hari Tindakan Global pada 13 Januari ini.


Jelasnya, sebanyak 33 badan bukan kerajaan (NGO) termasuk wakil parti politik dijangka hadir bagi menggesa konflik berdarah ke atas rakyat Palestin dihentikan segera.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page