top of page

ABIM kecam tindakan Israel buru anggota Hamas termasuk di Malaysia


Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz mengecam tindakan Israel yang mengisytiharkan untuk memburu serta membunuh seluruh anggota Hamas yang merupakan pejuang pembebasan Palestin di seluruh dunia termasuk yang berada di Malaysia.


Beliau berkata, tindakan itu jelas menunjukkan kebiadaban dan keangkuhan Israel yang sengaja ingin menyemarakkan aktiviti keganasan dan jenayah perang ke seluruh dunia.


"Dalam masa sama tindakan ini juga dilihat sebagai usaha terancang regim Zionis untuk menormalisasi terrorisme dalam peradaban manusia sejagat yang berpaksikan ideologi perkauman Zionis," katanya.


Faisal juga menyifatkan rejim Zionis sanggup mencabuli dengan sengaja kedaulatan negara-negara dunia seperti mana yang dilakukan mereka ke atas negara Palestin yang diiktiraf di sisi undang-undang antarabangsa demi memenuhi keserakahan syahwat Zionisme.


"Maka, ini jelas menunjukkan masyarakat antarabangsa perlu sama-sama bangkit mempertahankan kedaulatan negara masing-masing agar tidak tunduk dengan agenda keganasan Israel demi memelihara keamanan serta hak asasi sejagat.


"Tindakan Israel ini juga harus membuka mata seluruh dunia untuk terus mengecam keangkuhan ini sebagai solidariti untuk memelihara kemakmuran dunia," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page