top of page

ABIM kecam AS veto gencatan senjata segera Israel - Palestin



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto untuk menghalang gencatan senjata segera di Gaza.


Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, tindakan pentadbiran Presiden Joe Biden itu telah menyebabkan AS hilang keabsahan untuk menjuarai hak asasi manusia sejagat, kebebasan dan perdamaian dunia.


"Ini merupakan kali kedua AS menghalang usaha damai di Palestin, khususnya Gaza apabila dengan sengaja menghalalkan tindakan ganas rejim Zionis untuk membunuh lebih ramai orang awam terutama wanita, kanak-kanak dan orang tua.


"ABIM juga menggesa seluruh dunia menerusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNGA) untuk memulau AS," katanya dalam kenyataan.


AS pada Jumaat lalu memveto draf resolusi PBB yang diketuai oleh Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dan negara-negara Arab bagi menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera antara Israel dan Palestin.


Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mencadangkan draf itu berkata, mereka berusaha untuk menyelesaikan resolusi berkenaan dengan cepat disebabkan peningkatan jumlah kematian dalam tempoh 63 hari konflik berlaku.


Setakat ini lebih 17,000 penduduk di Gaza telah terbunuh akibat kekejaman rejim Israel manakala 46,000 yang lain cedera. Kira-kira 1.8 juta rakyat Palestin hilang tempat tinggal.


Sekiranya resolusi berkenaan diluluskan masyarakat dunia berharap Israel akan dikenakan sekatan ekonomi dan senjata agar tidak mampu lagi meneruskan peperangan di Palestin sekiranya negara zionis itu ingkar kepada ketetapan PBB.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page