top of page

ABIM gesa pertubuhan Islam tingkat tekanan ke atas AS



Sikap kuasa besar Amerika Syarikat (AS) yang berdiam diri menyaksikan kekejaman Israel ke atas Palestin perlu disambut seluruh rakyat Malaysia dengan memberi lebih tekanan ke atas negara itu.


Naib Presiden ABIM, Fazril Salleh berkata demikian ketika berucap di himpunan menyokong perjuangan Palestin di ibu negara petang tadi.


Beliau menggesa tekanan bukan sahaja ditujukan kepada kuasa besar AS tetapi juga sekutunya yang menyokong Israel seperti United Kingdom dan Kesatuan Eropah agar berhenti menyebelahi negara Zionis itu dan segera berusaha menghentikan perang.


"Strateginya, selepas ini hantar surat kepada kedutaan, biar peti surat mereka banjir dengan surat-surat kita.


"Mana-mana NGO selepas ini pergi setiap hari ke kedutaan yang sokong Israel untuk memastikan mereka beralih arah dan kembali kepada hakikat sebenar perjuangan (kemanusiaan)," katanya.


Ujar beliau yang juga Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia, kekejaman yang sudah masuk 100 hari dan masih berterusan itu adalah suatu perkara yang tidak masuk akal.


Katanya, Israel kini menggunakan strategi menghalau orang Gaza keluar dari tanah Palestin dengan mengebom dan menghancurkan penempatan mereka.


Beliau turut membidas sikap berat sebelah masyarakat antarabangsa yang begitu menitikberatkan soal hak asasi ketika berbicara soal perang Rusia-Ukraine tetapi membisu apabila berdepan dengan soal kekejaman Israel di Gaza.


"Sebab itu kami juga suarakan perkara ini di pentas antarabangsa bahawa akal yang waras akan sokong Palestin merdeka dan tunjukkan perjuangan suci dan hidup bermaruah," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page