top of page

ABIM gesa Kerajaan Kelantan segera sambut hasrat PM



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kelantan menyambut baik hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan projek bekalan air yang lengkap untuk rakyat negeri itu.


Yang Dipertuanya, Mohd Syahiraz Muhammad berkata isu bekalan air terawat sudah berlarutan sejak sekian lama dan ia pernah diakui sendiri bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Justeru beliau berharap Kerajaan Perpaduan dapat tampil membantu berkaitan urus tadbir syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam memastikan isu itu dapat diselesai segera sebaik mungkin.


"Selain bantuan berbentuk suntikan dana, ABIM Kelantan menggesa kerajaan persekutuan turut membantu dalam urus tadbir Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang diakui sendiri kelemahannya oleh pemimpin Pas," katanya.


Terdahulu, Anwar dalam ucapan di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV minggu lalu berkata, pentadbirannya akan menangani masalah berkaitan bekalan air tanpa mengira fahaman politik.


Kelantan katanya antara negeri yang menghadapi masalah air agak serius.


Justeru Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mencadangkan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam menangani isu berkenaan.


Sementara itu, Mohd Syahiran berkata lampu hijau diberikan Anwar itu perlu disambut dengan semangat negara persekutuan serta kesungguhan di pihak kepimpinan Kerajaan Negeri.


"Kerajaan Negeri perlu segera sahut ajakan terbuka Perdana Menteri di depan ribuan rakyat Kelantan yang hadir ke majlis itu.


"Anwar membuktikan keterbukaan pentadbiran dan menolak bahawa isu keperluan rakyat yang sekian lama (terbiar) itu tidak wajar dijadikan modal politik," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page