top of page

ABIM desak Rached Ghannouchi dibebaskan segera



Tindakan pemerintah Tunisia rejim Qais Saeed yang menghalang pimpinan pembangkang melakukan reformasi dan mengembalikan undang undang tahanan politik tanpa bicara diselar Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).


Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata warga antarabangsa perlu sepakat mengecam tindakan terbaharu rejim Qais Saeed yang menekan pemimpin pemimpin pembangkang negara itu.


"Tindakan (bantahan) ini adalah merujuk kepada kepada tahanan tanpa keadilan undang-undang yang dilakukan rejim diktator Tunisia Qais Saeed minggu lalu yang masih berkuat kuasa hingga hari ini.

Rached Ghannouchi

"Malah kekejaman berterusan pemerintah Tunisia hari ini seolah-olah telah melenyapkan harapan warga dunia yang mahu melihat episod baharu dalam demokrasi di Tunisia," katanya dalam satu kenyataan.


Melalui kenyataan sama, ABIM turut menggesa badan hak asasi dunia untuk turut sama secara berterusan menyelar tindakan zalim yang dilakukan pemerintah Tunisia tersebut


Terdahulu media melaporkan pihak berkuasa Tunisia menahan pemimpin parti Ennahda, Rached Ghannouchi dalam satu langkah yang menyaksikan peningkatan dalam kempen penangkapan menyasarkan ramai penentang berprofil tinggi Presiden Kais Saied.


Polis menyerbu rumah bekas Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Tunisia itu, menggeledahnya sebelum membawa beliau ke destinasi yang tidak diketahui.


"Dunia harus ingat bahawa Syaikh Rached Ghannouchi merupakan antara tokoh yang memperjuangkan hak asasi rakyat menerusi lunas demokrasi serta menolak penggunaan kekerasan walau dalam apa jua keadaan sekalipun," tegas ABIM yang menuntut pembebasan segera pejuang Islam terkenal Tunisia, Syaikh Ghannouchi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page