top of page

ABIM desak OIC beri amaran keras terhadap Sweden



Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) digesa mengeluarkan amaran keras terhadap Sweden susulan tindakan seorang ahli politiknya, Rasmus Paludan yang bertindak memprovokasi umat Islam.


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata, amaran itu perlu bagi menunjukkan bahawa masyarakat Islam antarabangsa tidak berdiam diri berhubung sebarang isu penghinaan terhadap Islam.


"Kita mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokasi tersebut yang jelas merupakan jenayah kebencian.


"Apa yang lebih mendukacitakan, ia dilakukan selepas mendapat kelulusan permit daripada kerajaan Sweden sendiri," kata Presidennya Muhammad Faisal Abd Aziz dalam kenyataan.


Jelasnya, ABIM mengutuk keras tindakan kerajaan negara itu yang mengizinkan pembakaran kitab suci tersebut secara sengaja atas nama kebebasan bersuara.


Pihaknya sependapat dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menekankan kepentingan dialog, kempen kesedaran dan pendidikan bagi menyuburkan budaya damai, sifat toleransi, saling menghormati dan persefahaman bersama.


"Sejak 2014, ABIM turut konsisten menggerakkan pelbagai penerbitan, forum, wacana serta program berkait dengan mencegah serta menangani keganasan melampau dengan kerjasama pelbagai pihak," katanya.


Terdahulu, Paludan yang juga pemimpin politik perkauman sempit berhaluan kanan Denmark yang membakar kitab suci al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm.


Dia bersama kira-kira 100 orang yang berhimpun itu berbuat demikian selepas Turki dilaporkan membantah keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).


Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikongsikan di Facebook menegaskan bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia itu dan mendesak Kerajaan Sweden untuk mengambil langkah segera terhadap pelaku perbuatan keji itu.


Beliau turut mahu Sweden memastikan langkah drastik pada masa depan untuk menangani kebangkitan Islamofobia yang membimbangkan itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page