top of page

ABIM cadang aktifkan semula Jawatankuasa Harmoni



Kerajaan dicadang supaya mengaktifkan semula Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (Harmoni) yang ditubuhkan tiga tahun lalu.


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melalui Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz menyarankan perkara itu susulan “salah faham” melibatkan dasar kerajaan berhubung perbezaan pandangan pemimpin pelbagai kaum dan agama.


Walaupun tidak menyebut secara khusus salah faham itu, ia dipercayai merujuk kepada pengenalan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah yang mengundang kebimbangan kumpulan bukan Islam.


"Selain daripada menjadi medium untuk memupuk keharmonian kaum, Abim ingin mengusulkan agar jawatankuasa ini turut berperanan untuk menjadi platform menjelaskan dasar-dasar kerajaan kepada pemimpin pelbagai agama agar sebarang salah faham boleh diatasi dengan baik," katanya dalam satu kenyataan.


Kementerian Pendidikan sebelum ini menegaskan bahawa modul tersebut hanya akan diajarkan kepada pelajar Islam.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru baru ini menjelaskan bahawa modul tersebut akan membawa manfaat besar kerana ia berkait secara langsung dengan kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama, pada masa hadapan.


Justeru kata Anwar, masyarakat bukan Islam wajar memahami tujuan sebenar langkah tersebut bagi mengelak salah faham dalam kalangan mereka.


Sementara itu, ABIM berkata, salah faham boleh diselesaikan sekiranya wujud platform perbincangan pemimpin antara agama agar penjelasan lanjut dan inklusif dapat dilaksanakan.


Faisal turut berkata, jawatankuasa tersebut juga harus diberi peranan menjayakan agenda Malaysia Madani dalam konteks keutuhan hubungan antara kaum menerusi penerapan modul dan program lapangan kepada generasi muda.


"ABIM juga ingin menggesa agar jawatankuasa sebegini turut diwujudkan di peringkat negeri agar aspirasi kerajaan dalam membina perpaduan rakyat turut disambut dan difahami masyarakat di peringkat akar umbi," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page