top of page

ABIM buat laporan qazaf pihak fitnah Perdana Menteri



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) petang tadi membuat laporan kepada pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Kuala Lumpur menggesa supaya siasatan dijalankan terhadap mana-mana individu yang melakukan qazaf memfitnah Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut Naib Presiden ABIM, Zairudin Hashim, ulama mendefinisikan qazaf sebagai menuduh seseorang melakukan zina, liwat atau menafikan nasab dan hal itu merupakan kesalahan jenayah syariah di Wilayah Persekutuan.


"Berdasarkan Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan 1997, jika disabitkan kes itu boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun.


"ABIM dengan tegas menyeru semua pihak dan seluruh rakyat Malaysia agar menghindari daripada terjebak dalam jenayah qazaf, yang dikenakan ke atas mana-mana tuduhan zina ataupun liwat tanpa kesaksian empat orang yang adil atau iqrar orang yang dituduh.


"Amaran keras terhadap perbuatan sedemikian telah ditegaskan dalam Islam yang mana hikmahnya untuk mendidik umat sentiasa saling membela maruah dan harga diri seseorang daripada sebarang fitnah. Jenayah qazaf mempunyai hukuman yang sangat berat terhadap kesaksian penuduhnya," kata beliau dalam kenyataan.


Zairudin mahu umat Islam tidak melemparkan tuduhan jelik ke atas muslim yang lain, apatah lagi untuk tujuan politik

Menurut Zairudin lagi, hikmah hukuman terhadap perbuatan qazaf adalah kerana Islam menggesa umatnya berhati hati daripada melakukan perkara-perkara yang mencemar atau memburukkan maruah sesama Islam.


"Imam al-Nawawi dalam kitab ‘al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab’ menyatakan pensyariatan qazaf adalah bagi memelihara masyarakat Islam daripada terjebak ke lembah kehinaan akibat daripada tuduh-menuduh dalam soal kelucahan dan begitu mudah mengungkapkannya.


"Oleh itu, ABIM menyeru seluruh rakyat Malaysia menolak sama sekali amalan politik murahan yang keji dan jelik seperti ini kerana tindakan seperti ini hanya akan merosakkan moral masyarakat kita.


"Negara yang kita cintai ini harus dibangunkan berasaskan praktik politik matang yang mementingkan realisasi gagasan idealisme untuk dimanfaatkan oleh rakyat," katanya lagi.


Pada sidang Dewan Rakyat 19 September lalu Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Dr Radzi Jidin mengungkapkan beberapa perkataan jelik termasuk 'liwat' terhadap PM dan diikuti beberapa Ahli Parlimen PN yang lain dalam pertikaman lidah di antara kerajaan dan pembangkang semasa sesi tanya jawab PM dalam penggulungan Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Ke 12.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page