top of page

Abah nak rotan rakyat? Rotan dulu menteri yang langgar SOP


Kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu menggunakan rotan kepada individu yang melanggar tempoh kuarantin dan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani COVID-19 mengundang kritikan pelbagai pihak.


Bukan itu sahaja, Muhyiddin juga berjanji tidak ada 'double standard' dan akan mengenakan hukuman kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang tanpa mengira pangkat dan darjat.


Bagaimanapun Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir tampil menempelak kenyataan Muhyiddin.


"Abah kata nak merotan rakyat. Apa kata mulakan dekat menteri-menteri abah dulu?Rakyat okay, kamu yang degil.


"Kerajaan tidak double standard? Biar betul bah. Lebih tepat menteri-menteri tak ada standard!" katanya menerusi akaun Twitter miliknya.


Naib Presiden KEADILAN, Dr Xavier Jayakumar tampil mempersoalkan sama ada Muhyiddin akan menghukum menteri yang positif COVID-19 seperti Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Dr Ahmad Masrizal Mohamad.


"Tidak ada 'double standard'? Walaupun ada ahli kabinet yang positif COVID-19? Jadi adakah kamu akan merotan mereka?" soalnya.


Seorang lagi Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang turut mempersoalkan bilakah Muhyiddin akan menghukum Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang melanggar tempoh kuarantin wajib 14 hari selepas pulang dari Turki.


"Abah guna rotan? Gunakan atas ahli jemaah menteri dulu. Menteri yang jelas langgar SOP selepas pulang dari Turki pun belum didakwa!" katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page