top of page

97 peratus manifesto PH Negeri Sembilan ditunaikan



Sepanjang 5 tahun mentadbir Negeri Sembilan, kepimpinan Menteri Besar (MB) Datuk Seri Aminuddin Harun boleh dianggap telah menjalankan amanah rakyat dengan cemerlang.


Ia terbukti apabila 97 peratus yang dikemukakan dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) oleh Pakatan Harapan (PH)yang mengetuai Kerajaan Negeri Sembilan sebelum ini dapat dilaksanakan.


Menurut Aminuddin, baki janji yang tidak dapat dipenuhi adalah yang melibatkan perundangan di peringkat Persekutuan, manakala manifesto yang membabitkan negeri telah dilaksanakan sepenuhnya.


"Tempoh lima tahun memang kita telah gunakan bagi memastikan bahawa pembangunan negeri dilakukan bersungguh bagi memastikan apa yang kita katakan dapat kita kotakan dan 97% manifesto telah dilaksanakan.


"Hanya 3% melibatkan perundangan di peringkat Persekutuan yang tak dapat kita ubah iaitu Cuti Bersalin yang tak dapat kita laksanakan kerana ia melibatkan JPA dan ini merupakan satu perkara baik, dan hasil negeri terus meningkat," katanya dipetik.


Pengerusi PH Negeri Sembilan itu berkata demikian pada sidang media di Wisma Negeri, Seremban, pada Rabu selepas menghadap Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Hinggap, Seremban bagi mendapatkan perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sembilan.


Terdahulu Tuanku Muhriz memberi perkenan DUN Negeri Sembilan dibubarkan 1 Julai ini bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN).


Dalam pada itu Aminuddin berkata ketika diminta mengulas kerjasama jentera bersama Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di peringkat DUN menjelaskan gerak kerja telah pun bermula.


Kepimpinan di kedua-dua pihak meletakkan komitmen untuk memastikan kerjasama yang berlaku di peringkat pusat dapat diterjemahkan di setiap DUN pada PRN ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page