top of page

95% guru, 92% kakitangan sekolah lengkap divaksin



Sesi pembukaan sekolah pada Oktober 2021 dianggap selamat apabila kira-kira 95% guru dan 92% kakitangan sekolah telah divaksin sepenuhnya.


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjawab soalan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin secara bertulis menyatakan angka yang telah divaksinasi dalam kalangan petugas di sekolah.


"KPM menetapkan hanya guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) yang lengkap divaksin sahaja melaksanakan PdP (pengajaran secara fizikal) di dalam kelas dan berikteraksi dengan murid


"Sehingga 7 Oktober 2021 sebanyak 393, 096 guru (95.1%) telah divaksin manakala 62,248 AKP (kakitangan) (92%) lengkap divaksin.


"KPM turut mewajibkan pemakaian pelitup muka kepada semua warga sekolah termasuk murid," kata kenyataan itu.


KPM juga, menurut kenyataan berkenaan memantau Program Vaksinasi Remaja Covid 19 Kebangsaan.


Selain itu, bagi mengelakkan suasana kesesakan dan penularan Covid, kementerian melaksanakan waktu pulang sekolah anjal dan tidak dibenarkan semua murid keluar serentak.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page