top of page

903 pesakit tibi di Selangor terima bantuan RM800

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Mar 24, 2023
1 min read


Sebanyak 903 pesakit tibi di Selangor menerima bantuan RM800 sepanjang tahun lalu bertujuan menggalakkan mereka melengkapkan rawatan.


Menurut Exco Hal Ehwal Kesihatan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud, inisiatif itu diwujudkan oleh Kerajaan Negeri bagi meringankan beban kos rawatan yang ditanggung pesakit memandang penyakit tersebut agak merbahaya.


"Sedikit sebanyak (bantuan) dapat meringankan beban kos rawatan yang ditanggung selain memastikan pesakit melengkapkan semua sesi rawatan di hospital," katanya dalamm catatan di Facebook sempena Hari Tibi Sedunia, hari ini.


Sejak 2020, Kerajaan Negeri telah mewujudkan insentif kewangan khas untuk pesakit tibi melalui peruntukan RM2 juta.


Bantuan RM200 dihulur pada dua bulan pertama diikuti dua bulan seterusnya (RM200) dan rawatan akhir (RM400).


Untuk maklumat lanjut, layari pautan www.selangorprihatin.com/insentifrawatantibi atau hubungi pusat panggilan 24 jam menerusi talian 1800-22-6600.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page