900 sekolah nikmati kemudahan ICT menerusi program Sekolah Angkat MADANI
- Suara Keadilan

- 1 hour ago
- 1 min read

Lebih 900 sekolah seluruh negara kini menikmati kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) hasil pelaksanaan program Sekolah Angkat MADANI.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pencapaian itu membuktikan komitmen Kerajaan MADANI memperkukuh pendidikan digital dan pemerkasaan kecerdasan buatan (AI) di sekolah.
"Sekolah-sekolah ini menikmati manfaat yang besar, Sebagai contoh seperti di sekolah ini (SK Sungai Bakap) kerana semua bilik darjah dilengkapi dengan kemudahan ICT, membolehkan program dan dasar pendidikan digital dilaksanakan dengan berkesan.
"Ini adalah hasrat besar kerajaan untuk melihat pendidikan benar-benar diberikan tumpuan.
"Menerusi program ini, ia memberikan impak dan manfaat cukup besar di sekolah-sekolah terlibat," katanya dipetik.
Fadhlina berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Aset Sekolah Angkat MADANI oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) di SK Sungai Bakap di Nibong Tebal pada Rabu.
Hadir sama pada acara itu ialah Pengerusi SPA, Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.
SK Sungai Bakap dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Sheh Barakbah dipilih sebagai Sekolah Angkat Madani SPA berdasarkan potensi menjadi model pembangunan komuniti setempat, khususnya dalam pengukuhan aktiviti pembelajaran dan kokurikulum.
Setiap sekolah menerima peruntukan sebanyak RM100,000 bagi menaik taraf infrastruktur, meningkatkan kemudahan pembelajaran dan memperolehi aset ICT, termasuk papan pintar, televisyen pintar, tablet, set robotik, dron dan peralatan lain.









Comments