
Sebanyak 89 ranting baharu telah dibuka di Parlimen Sungai Petani.
Ia meliputi 24 ranting di DUN Pantai Merdeka, 36 ranting di DUN Sidam dan 29 ranting di DUN Bakar Arang.
Ini menjadikan keseluruhan ranting di bawah Parlimen Sungai Petani setakat ini berjumlah 139 buah ranting.
Majlis penyerahan watikah pelantikan kepada 89 ranting disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Kedah.
"Tahniah atas usaha berterusan bagi memperkukuhkan kekuatan Parti Keadilan Sungai Petani khususnya di negeri Kedah.
"Diharapkan agar setiap ranting dapat terus berikan komitmen dan terus bekerja keras bagi sama-sama meneruskan agenda Reformasi dan kekal patuh dengan prinsip serta dasar yang digariskan oleh Parti Keadilan Rakyat," katanya.
Comments