Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memaklumkan sebanyak 86,880 atau 88% peluang pekerjaan berjaya diwujudkan hasil daripada projek pelaburan langsung asing (FDI).
Timbalannya, Liew Chin Tong berkata, daripada itu sebanyak 78,033 peluang pekerjaan baharu untuk warga tempatan berjaya diwujudkan dalam sektor perkilangan.
Jelasnya lima industri utama yang mencatatkan jumlah peluang pekerjaan baharu
bagi rakyat tempatan antaranya adalah elektrikal dan elektronik (40,618) diikuti produk mineral bukan logam (6,746).
Selain itu, industri jentera dan kelengkapan sebanyak 5,555 peluang pekerjaan diwujudkan dan 3,791 peluang pekerjaan ditawarkan bagi industri peralatan pengukuran dan saintifik manakala, bagi industri kimia dan produk kimia pula adalah sebanyak 3,684 peluang pekerjaan," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Larry Sng (PBM-Julau) mengenai
jumlah peluang pekerjaan yang boleh dimanfaatkan oleh warga tempatan mengikut sektor dan industri hasil daripada limpahan kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) dalam negara untuk tahun 2024.
Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 898 projek asing telah diluluskan dari 2022 hingga 2023 dengan nilai sebanyak RM281.5 bilion.
“Ia membabitkan sektor perkilangan dan perkhidmatan terpilih di bawah seliaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
"Oleh itu, lazimnya, projek pelaburan mengambil masa 18 hingga 24 bulan untuk direalisasikan bergantung kepada skala projek dan keadaan ekonomi semasa," ujarnya.
Comments