top of page

85 peratus PBT Selangor catat prestasi cemerlang dalam penilaian 2025

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 7
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Selangor selesai melaksanakan proses penilaian prestasi membabitkan semua pegawai lantikan politik di negeri itu.


Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, proses itu bertujuan untuk mengukur keberkesanan penyampaian inisiatif kerajaan dan hubungan dengan rakyat


"Sebanyak 732 lantikan politik melibatkan 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 9 Pejabat Daerah serta Tanah bagi jawatan Ahli Majlis, Pengerusi JPKK dan Ketua Komuniti India (KKI) telah melalui proses tersebut.


"Hasil penilaian menunjukkan prestasi keseluruhan yang sangat baik, membuktikan komitmen kerajaan negeri terhadap tadbir urus yang berkesan dan profesional tercapai," katanya menerusi satu kenyataan.


Menurut Saifuddin, 85 peratus daripada PBT yang dinilai mencatat keputusan cemerlang, dengan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dinobatkan sebagai tiga PBT terbaik.


Sementara itu, Pejabat Daerah Hulu Selangor, Petaling dan Hulu Langat muncul sebagai tiga daerah terbaik dari segi prestasi lantikan politik.


"Kita mahu setiap lantikan memainkan peranan dengan integriti dan tanggungjawab. Ini selaras dengan semangat ‘Kita Selangor Maju Bersama’ dan aspirasi ‘Malaysia Madani’.


"Penilaian ini menjadi kayu ukur kepada pelantikan politik baharu di masa hadapan supaya setiap wakil yang dilantik benar-benar berperanan membantu memperkukuh penyampaian dasar kerajaan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page