Menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 KEADILAN Sabah giat mengadakan penerangan kepada rakyat mengenai isu isu semasa.
Salah satu yang menganjurkan program penerangan adalah Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Kota Marudu yang baru baru ini melaksanakan ceramah kelompok dan seterusnya menerima permohonan keahlian daripada penduduk kampung tersebut seramai 80 orang.
Menurut Ketua AMK Cabang Kota Marudu, Zaidi Jatil, banyak perkara disampaikan dalam ucapannya pada ceramah itu. Antaranya 5 Teras utama perjuangan AMK Cabang Kota Marudu
"Lima teras itu ialah mengangkat idealisme dan politik nilai; menjadi penyambung lidah anak muda; pengkaderan; aktiviti mengukuhkan ilmu dan jati diri serta memperkasa kerja-kerja kebajikan," katanya.
Beliau juga membicarakan isu ekonomi, pendidikan, infrastruktur asas, kesihatan dan menekankan soal kesetiaan anggota kepada parti.
Selain Zaidi, program tersebut turut dihadiri Timbalan Ketua AMK Cabang, Hisyam Ali Hassan, Naib 1 Mohd Izwan serta Ahli Jawatankuasa Pengarah Biro Kebajikan AMK, Hellin Ikoh, Pengarah Biro Belia dan Sukan Awang Iskandar, Pengarah Biro Mobilisasi Abd Rahim Sakmad, Pengarah Biro Keahlian, Ray Dy dan Timbalan Ketua Squad Sdra Alleychon.
Comments