80 aktivis muda sertai MB Amiruddin dalam Program Korban Perdana
- Suara Keadilan

- 1 day ago
- 1 min read

Kira-kira 80 aktivis muda dan sukarelawan bergotong-royong menjayakan Program Korban Perdana Menteri Besar bersempena sambutan Aidiladha di kediaman rasmi Menteri Besar (MB) Selangor di Shah Alam.
Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebanyak tiga ekor lembu dikorbankan pada program tersebut sebelum diagihkan kepada golongan fakir miskin dan mereka yang memerlukan.
Sebahagiannya daging korban jelasnya turut diserahkan kepada surau serta rumah anak yatim.
"Syabas saya ucapkan kepada semua yang hadir dan bergotong-royong menjayakan program ini.
"Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat ibadah korban, malah menjadi platform memperkukuh budaya sukarelawan dan kebersamaan dalam kalangan anak muda.
"Semoga semangat kebersamaan, nilai pengorbanan dan budaya khidmat kepada masyarakat yang ditunjukkan hari ini terus subur dalam kalangan generasi muda demi membina masyarakat yang lebih prihatin, penyayang dan bersatu hati," katanya dipetik.
Antara yang menyertai program tersebut ialah Penggerak Belia Selangor (PeBS), Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMAS) dan mahasiswa Universiti Selangor (UNISEL).
Hadir sama sukarelawan daripada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Adibakti serta Aktivis Muda Selangor.




Comments