top of page

74 peratus pengundi Selangor pilih PMX - IDE



Gabungan blok kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memperoleh 74 peratus sokongan pengundi Selangor yang berpuas hati terhadap pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut tinjauan yang dijalankan Institut Darul Ehsan (IDE), Perdana Menteri juga meraih 77 peratus responden bersetuju Kerajaan Perpaduan perlu diberi peluang mentadbir hingga tamat penggal Parlimen.


Pengerusi Eksekutif IDE Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata hasil Kajian Persepsi Pengundi Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, daripada jumlah itu sebanyak 26.3 peratus melihat Anwar sebagai pemimpin yang membawa agenda Malaysia Madani ke arah negara yang lebih cemerlang.


Selain itu, katanya, keputusan kajian juga menunjukkan seramai 58 peratus akan mengundi parti PH dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti Kerajaan Perpaduan pada PRN nanti manakala 16 peratus lagi memilih untuk mengundi Perikatan Nasional (PN).


Jelasnya, seramai 26 peratus responden masih menjadi undi Atas Pagar, namun mempunyai persepsi yang positif sebanyak 69.1 peratus terhadap Anwar.


Mohammad Redzuan berkata, dapatan kajian itu telah dilaksanakan IDE pada 12 hingga 15 Mei lepas, melibatkan 1,693 responden meliputi 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.


Menurut badan penyelidik kajian lapangan itu faktor lawatan Perdana Menteri membuat beberapa acara di universiti dan Selangor khususnya, memberi impak yang baik kepada populariti pemimpin itu sehingga mencapai sekitar 80 peratus.


"Ada impak baik dan banyak merubah kecenderungan pengundi, terutama dalam kalangn ahli UMNO terhadap Kerajaan Perpaduan, selepas Anwar mendedahkan bahawa ada usaha untuk mengharamkan parti itu dan Anwar menghalangnya," katanya dipetik Bernama.


Anwar sebelum ini mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah merancang mengharamkan UMNO ketika berkuasa, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.


Namun menurut Prof Redzuan, trend pengundian tersebut akan mendapat gambaran yang lebih jelas pada minggu kedua kempen PRN nanti, malah secara kebiasaannya 20 peratus dalam kalangan pengundi Atas Pagar akan membuat keputusan dua hari sebelum mengundi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page