top of page

72 jam banjir, rakyat masih menunggu bantuan dijanjikan Kerajaan Persekutuan



Selepas 3 hari banjir kebanyakan rakyat di pusat pemindahan atau yang 'tersangkut' di rumah mereka sendiri masih menunggu bantuan yang diumumkan Kerajaan Persekutuan.


Malangnya, menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Wilayah Persekutuan, P Prabakaran, bantuan begitu lambat atau sama sekali tidak kunjung tiba, yang menyebabkan rakyat mempersoalkan janji janji Menteri.


"Sudah lebih 72 jam negara telah ditimpa bencana banjir luar biasa ini namun begitu saya masih ternanti-nanti bentuk bantuan yang dihulurkan oleh menteri kabinet kerajaan, terutamanya di kawasan Kuala Lumpur.


"Ramai kehilangan tempat tinggal ekoran banjir, terutamanya penduduk di kawasan yang rendah. Oleh itu, saya menyeru supaya Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim membuka rumah PPR sementara untuk rakyat yang kehilangan tempat tinggal.


"Mereka perlu diberikan tempat tinggal secepatnya atau kita bakal menyaksikan tragedi lebih dahsyat lagi. Kebanyakan rumah juga perlu dibersihkan sebelum penduduk dapat pulang. Sikap tidak sensitif para Menteri yang masih belum mengkoordinasi gerakan untuk mempercepatkan bantuan banjir amatlah mendukacitakan," katanya.


Prabakaran yang juga Ahli Parlimen Batu itu turut berasa amat dukacita dengan sikap Kerajaan dan Parlimen Malaysia yang memendekkan sidang Dewan Rakyat hari ini tanpa ingin membahaskan isu berkaitan banjir besar yang melanda.


Sewajarnya, kata Prabakaran satu sidang luar biasa bagi membahaskan bantuan dilakukan oleh kerajaan.


"Hari ini sidang Parlimen juga dipendekkan malah Speaker Dewan Rakyat tidak ingin membahaskan kemaslahatan rakyat yang ditimpa banjir besar ini dengan alasan mengikut aturan mesyuarat.


"Saya amat terkilan dengan sikap dan peranan yang ditunjukkan oleh jemaah menteri. Malah mereka dilihat bersetuju dengan tindakan Speaker yang menunjukkan tiada sikap “sense of urgency” dalam keadaan yang tidak terkawal ini," katanya.


Sehubungan itu, Prabakaran meminta sikap yang lebih bertanggungjawab oleh pemimpin Malaysia agar mengenepikan sentimen politik ketika rakyat menghadapi malapetaka yang menyensarakan kehidupan seharian mereka.


"Sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat, besar hati saya untuk mengkoordinasi bantuan kepada mangsa banjir bersama agensi-agensi kerajaan sedia ada bersama Ahli Parlimen di kawasan masing-masing yang terjejas disebabkan bencana alam ini.


"Di saat rakyat memerlukan kepimpinan, perbezaan politik wajar diketepikan. Saya meminta jasa baik Menteri Wilayah membuka sementara PPR yang tidak digunakan untuk kegunaan rakyat, terutamanya kawasan terjejas teruk di Kuala Lumpur dan Selangor khususnya," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page