top of page

50 anak yatim terima duit raya di Alor Gajah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 45 minutes ago
  • 1 min read
Khuzaire mengagihkan duit raya kepada salah seorang anak yatim untuk mengembirakan mereka
Khuzaire mengagihkan duit raya kepada salah seorang anak yatim untuk mengembirakan mereka

Seramai 50 anak-anak yatim menerima sumbangan duit raya dalam satu program khas yang dianjurkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru baru ini.


Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah, Mohd Khuzaire Mohd Kamal, sebagai tanda ingatan serta usaha berkongsi kegembiraan bersama golongan yang memerlukan.


Menurut beliau, program tersebut bukan sahaja bertujuan meringankan beban, malah memberi keceriaan kepada anak-anak yatim menjelang Syawal.


"Seramai 50 orang anak-anak yatim menerima sumbangan ini sebagai tanda ingatan dan kegembiraan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba," katanya dalam muat naik di media sosial.


Beliau berkata, suasana ceria jelas terpancar di wajah penerima apabila mereka menerima duit raya yang disampaikan sendiri dalam majlis berkenaan.


"Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menggembirakan hati mereka dan membawa keberkatan kepada semua yang terlibat dalam usaha menyantuni serta membantu golongan yang memerlukan," ujarnya lagi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page