top of page

70% rangkaian pasar raya sertai Jualan Rahmah - Salahuddin



Jualan Rahmah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan bagi mengurangkan kos hidup rakyat semakin diterima baik oleh pasar raya besar.


Terbaharu, pasar raya Lotus's menyertai Jualan Rahmah yang menyediakan potongan harga sehingga 50% buat sesetengah barangan.


Menurut Menteri erdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub, jualan harga diskaun daripada pasar raya itu amat bagus untuk rakyat menikmati harga berpatutan terutama menjelang perayaan Aidilfitri sebulan dari sekarang.


"Tawaran penjimatan (di Lotus's) daripada 3% - 30%. Ada sebahagiannya sampai ke 50%. Ini pastinya akan mengembirakan rakyat yang memerlukan harga barang kompetitif, yang mahukan harga barang berpatutan.


"Saya yakin dengan inisiatif yang Lotus's lakukan ini. Lebih ramai pelanggan dan rakyat yang akan datang ke Lotus's di seluruh negara dan menikmati jualan harga sangat menarik, yang akan meraikan bersama sambutan bulan Ramadan dan sehingga hari raya Aidilfitri tahun ini," katanya selepas merasmikan Jualan Rahmah di pasar raya Lotus's pagi tadi.


Salahuddin turut teruja dengan sayur sayuran yang dijual di pasar raya berkenaan sehingga serendah 99 sen. Katanya, sayur popular seperti kangkung, kobis dan bayam juga tidak naik harga walaupun pada musim tengkujuh dan banjir di Johor baru baru ini.


Mengulas Menu Rahmah yang banyak ditawarkan di food court pasar raya besar, beliau berkata kualiti makanan untuk menu itu adalah tinggi dan tiada pengusaha berkompromi terhadap penyediaan makanan.


"Saya perhatikan kualiti makanan Menu Rahmah ini sangat bagus dan jauh sekali hidangan low class sebagaimana didakwa.


"Setiap kali kita melawat tempat gerai dan restoran atau outlet yang menyajikan Menu Rahmah, hampir 100% mempamerkan menu yang berkualiti dan mereka tidak berkompromi dari segi mutu

"Juga kedai Menu Rahmah di food court Lotus's di seluruh Malaysia berjumlah 354 lot kedai yang menjual menu terbabit, ini akan menambah senarai panjang tempat yang menjual Menu Rahmah seluruh negara," katanya.


Menjawab soalan wartawan berapa banyakkah pasar raya yang telah menyertai Jualan Rahmah, Salahuddin memberitahu angkanya cukup membanggakan.


"Yang besar saya rasa ada 15 (rangkaian pasar raya) dan 70% telah menyertai Menu Rahmah ini. Saya rasa dalam beberapa minggu lagi jumlahnya bertambah. Sesi libat urus dengan hypermarket dan supermarket ini masih berterusan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page